Bukalah mata... Bukalah hati..










 
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa denganorang yang salah sebelum menemui insan yang betul
supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang
betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
... pemberian tersebut...

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka tetapi lazimnya kita akan
memandang pintu yang telah tetutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita...
Kawan yang paling baik ialah seseorang yanganda boleh duduk di dalam buaian dan berbuaibersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudianberjalan pulang dengan perasaan bahawa itulahperbualan yang paling hebat pernah dialami...
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg
telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yg kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang...
Memberi seseorg seluruh CINTA anda bukanlah
satu kepastian yg mereka akan menyintai anda
kembali! Jangan harapkanCINTA SESAMA INSAN
TAPI HARAPLAH CINTA DARI YANG MAHA ESA.....(^_^)

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…Amin
*Aa*

No comments:

Post a Comment