PERBANYAKKAN SELAWAT ATAS BAGINDA


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) untuk Nabi (Muhammad s.a.w);

Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. 
[Surah Al-Ahzab: 56] 
Marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah. 

Allohumma sholli 'alaa sayyidinaa muhammad wa 'alaa aalihi wasohbihi wasallim... 


لهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

keutamaan ibu



Budak comel ni, anak pmbantu pengurusan murid di sekolah, baru darjah 1.

Duk sembang2 dgn dia, sy tnya dia, cita2 adik bila besar nnti nk jd apa?

Dia jwb, ' nak jd ustaz..'

'Huish, ustaz tuu, bagusnya, knp nak jd ustaz ni?'

Dia jwb 'Sbb nanti bila ibu meninggal, boleh jd imam solat jenazah ibu..'
Terkesima jap..
Allahurabbi, jwpn spontan yg terpancul dr mulut seorang anak kecil brusia 7 tahun, Hasil didikan ibu bapa atau ustaz ustazah di sekolah mungkin membuatkan anak kecil ini mmberi jwpn sebegitu.
Namun sy terfikir satu hal, knp ibu?
Teringat satu tulisan Ustaz Pahrol dlm Solusi ( Jgn Biarkan Ibu Menunggu)
Jika kau berasa berjaya, pncapaianmu tinggi dan namamu tersohor, usah sekali-kali terlupa bhw itu semua krn jasa ayahmu yg telah memilih ibu yg trbaik utkmu. Renungkn kisah Imam Malik ktk dtanya bgaimana beliau m'peroleh anak yg alim lg soleh,
Beliau mnjwb, ' Aku pilih ibunya,'
Ya tidak syak lg, d sebalik kehebatanmu itu ialah ibumu. Kehebatanmu ialah warisannya. Jgn pernah berasa bangga, krn tnpa ibu, kau mungkin hnya kelana tnpa nama. Tidak mungkin kau mncapai apa2.
Jika kau bertanya besar sgtkah jasa ibu shingga tidak mampu dibalas langsung? Maka, Allah sndri mmberi jawapan, '' Kami perintahkan knp manusia agar berbuat baik kpd kedua org tuanya. Ibunya tlh mngandungknnya dlm keadaan lemah yg bertambah2, dn mnyusuinya selama 2 thn. Bersyukurlah kpdKu dn kpd kdua2 org tuamu. Hnya kpd Aku kamu kmbali.'
(Luqman 31:14)

Syababul Jannahti..


seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dengan polis forensik tak bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. 
"jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.."

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye "ape hal"

then ustaz tu kate "tak pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.."
ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "dengan kaki ini abang keluar mencari rezki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata
 "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan aku terlalu bahagia abang menjadi suamiku..
 dan terima kasih abang kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dakwah agama dari dirimu..
dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerna kasih sayang Allah pada mu."

Ya Allah..Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
YaAllah jadikanlah aku isteri, anak dan ummi yang solehah
yang mampu membantu saudara seagamaku disekelilingku
melangkah kesyurgaMu bersama..

Khas buat PEMUDA SYURGAku
buat zaujun yang ana sayangi dan cintai
mari bersama kita berakhlak seperti alhi syurga(",)
Moga rumah tangga kita adalah anjung syuga ya sayang
pahala umpama bulan ramadhan di setiap ketika..
 (,")(",)

♥ Sy@B@B ♥

 HABIEBIE to her HUSBAND

just  4 my hubby ....


- When I Forget, Please Remind me.
- When I Sin, tell me to Repent.
- When I Fear, tell me there is Hope.
- When I Slip, Pull me up.
- When I Have Hardship, Remind of my Test.
- When You Love me, don't Love me for me

I am nothing but a Servant of ALLAH so Love me for Sake of Allah..

I want be a part of solve  that help u 
together  until jannah...
Remain me to remain Allah.. 
Remain me to  remain u...
love Allah more than me 

Iman itu nikmat buat semua

~ ♥~ Alangkah beruntungnya seorang isteri,,bangun dipagi hari bersolat jemaah bersama suami yang mengejutkan dia dengan manja..agar bangkit meninggalkan tempat melayar mimpi..
bersama2 mengadap Illahi memohon keberkatan..
berbunga hati isteri,dianugerahkan suami yg tidak lokek membimbing
....Subahanallah.
Alangkah beruntungnya seorang suami,tidurnya yang nyenyak diusik manja dek ajakan si isteri bangkit meninggalkan bahtera mimpi...menyucikan diri bersama,mengajak di imamkan solatnya...
di akhir doa,dahi isteri tercinta dikucup syahdu,tanda redah diberi...
si isteri mencium tangan suami,menunduk akur menyatakan redha diri...
beruntung lagi....bersyukurlah...
kerana kita masih ada pasangan yang boleh sama2 menegur dan memaafkan.

Berbanggalah kerana sifat kurang sesama kita saling boleh diterima...
bukalah pintu kemaafan kerana kita bukan makhluk yang sempurna...
Alangkah teramat mulia,seorang lelaki mengejutkan seluruh ahli di bawahnya
bagun bersama mentauhidkan diri...kemudian sama2 keluar mencari rezeki dan ilmu
..Subahanallah...

teramat berharganya ukhwah ikhlas dalam diri,
patuh dan tidak sombong mengakui bahawa kita hidup berkeluarga
bukan asing2 dalam mentaati Illahi...
tahniah buat ibu,tahniah buat ayah dan tahniah buat anak2,,, ~
♥~



$haf- fee- r@!n


Kedatangan kamu..
Ketika aku baru di uji
Seumpama aku terjatuh
Dengan bayangan aku sendiri

Bila aku cuba bangun 
Dalam langkah menyusuri kehidupanku yang kelam
Dan hampir-hampirku tak dapat melangkah lagi
Dirimu hadir..

Bagaikan dahi yang mula bersujud kepada Robbi
Bagai insan yang menggapai-gapai seruan Ilahi
Kau iringi doa bersama secerbis harapan,,
Iringan doa mu umpama meneranggi jalanku

Kau bagai imam kepada jemaah
Yang ingin mengajak
dan cuba mengajar
Langkah mu jua menunjukkan arah

Akidah itu akar yang perlu kuat
Walaupun berubah cuaca
Tumbuhan itu perlu teguh
walaupun kelihatan seperti rapuh

Yang penting adalah
Niat dan iltizam
Usaha dan istiqomah
Agar ku tak sesat lagi seperti dulu

Bersama bayanganmu kasih
Seakan-akan ku terjaga dari mimpi-mimpi
Dari kehidupan yang melenakanku
Membuat ku terlupa akan segala-galanya

Hari ini hari ini
Aku cuba berdiri dan melangkah lagi
Bila esok sinar mentari pagi kan bersinar lagi
Aku kan menuju cita-cita yang pasti
Bersamamu di syurga Ilahi..

Buatmu Hubby

S@n@H HeLwah ya habiebie


Doa Agar Suami Isteri Saling Mengasihi

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ


Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam.

Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”.

Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Sekadar renungan:

"Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu..."

Sumber : 
Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru S/B



* wahai ayah *

disebalik tenangnya anak ini ada
tanggungjawap baba 

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

MENANAM URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri ::: >>>

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.


7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

seruan azan ** yang mengagungkan Allah,,
moga zuriat ini lebih mengenali pencipta
dari mengenali makhluk yang di cipta

Air Mutlak vS Air Musta'mal

 Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh >>>>
>>>> yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..
*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?

kamu bukan nak menikah sekarang?

kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?

kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?

kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,
dia sukakan kamu,
bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?

bukankah cara itu lebih suci?

wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan 
lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..
ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh dubur dan sebagainya...

apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?

sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,

kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...

sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,

tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,

tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..

itu tandanya akal mereka sangat pendek...

nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....

bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....

dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....

jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...

sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....

apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita...

ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! !

kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...

memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....

fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...

wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka

walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...

sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..

jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....

korang ada akal kuat..korang tak bodoh....

korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...

tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,

korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?

kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..
  maafkan aku -- kerana aku mencintai Khalid ku lebih dari aku mencintai kamu







dikongsi dari sahabat buat sahabat  :Time LiFe
Bersabar menempuh dugaan hidup.Senjata seseorang itulah adalah berSABAR kerana Sesungguhnya ALLAH sayang kepada hambaNYA yang kuat bersabar.


♥ ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR ♥






Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.



Beri salam kepada anak yang sedang tidur
Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.


RAHSIA SUNNAH




...RAHSIA SUNNAH LARANGAN MENIUP AIR PANAS...

‘‘Hadits Abu Sa'id Al-Khudri Radliyallah'Anhu, Bahawa Nabi melarang untuk meniup di dalam air minum...!!!’’
(HR. At-Tirmidzi no. 1887 dan beliau mensahihkannya)

Jadi meski pun panas, kita jangan meniup makanan atau air minum. Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum.
Ternyata... Dalam penelitian Science Air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang di hembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2), maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka akan mengakibatkan penyakit jantung.

Subhanallah...



siapa kita sebenarnya..


Peminta atau manusia yang perlu meminta...

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum.
 Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu... Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. 
Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya.
Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. 
Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,
"

 Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. 
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.

 Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? 
Duit tu abang bagi adik!" 
Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
 Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. 
Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

YaALLAH bantulah aku mendidik ummah yang mengenal CINTA MU dan TANGGUNGJAWAP dia sebagai "khalifah"
Mu YaRobbi 


Pewaris nabi


 madam anis n twins 
 andak sama hubbie 

>>> sahabat kini amah mu bertambah moga kalain kuat di medan tarbiah mujahid dan amanah Allah ini buat kalian... besar nikmat dan rahmat antum jadi ibu bapa. Doakan kita dan mujahid hidup di syurga bersama<<< 
amin

Ya Allah Terimalah Taubatku


kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

Kadang-kadang kita keliru, sebagai anak lelaki, kita nak utamakan ketaatan kepada siapa..? Nak utamakan ibu bapa atau isteri..? Kadangkala yang perempuan sebagai isteri, nak taat kepada suami atau ibu bapa, yang mana lebih patut diutamakan..?

Jadi, pelbagai keadaan berlaku dalam kehidupan kita. Kita sebagai suami wajib taat kepada ibu bapa, dan isteri wajib taat kepada suami. Jika ada sebarang masalah, bersegeralah untuk berbincang dan bertolak ansur.

Aturan Keutamaan Dalam Hidup Suami dan Isteri

Lihat turutan di bawah untuk lebih faham mengenai aturan keutamaan manusia dalam hidup lelaki dan perempuan selepas berkahwin;

Lelaki

1.Ibu Bapa Kandung
2.
.Ibu Bapa Mertua
3.Isteri
4.Anak-anak
5.Adik beradik Kandung / Tiri
6.Adik Beradik Isteri
7.Datuk / nenek
8.Anak-anak saudara dekat
9.Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras)
10.Jiran Tetangga

Perempuan

1.Suami
2.Ibu bapa kandung
3.Ibu bapa mertua
4.
2.Anak-anak
5.Adik beradik suami
6.Adik beradik kandung / tiri
7.Datuk / nenek
8.Anak-anak saudara dekat
9.Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras)
10.Jiran tetangga

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” 


(Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jadi, boleh nampak tak kat sini yang bagi seorang isteri, selepas berkahwin keutamaan dia berubah kepada suami dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum keluarganya sendiri. Namun, masih ramai yang belum faham peraturan ini, malah ada yang meletakkan keutamaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, mak bapak angkat, anak buah, sedara sekampung, kawan baik, dan rakan sekerja. Ada pulak yang sanggup berhutang untuk tolong rakan sekampung, padahal anak bini terabai.

Sebenarnya isteri selepas berkahwin kalau tak nak jenguk saudara maranya pun, beliau tidak berdosa. Kita ini manusia biasa, perkara yang wajib pun tak tertunai inikan pula yang sunat. Sudah menjadi keutamaannya sebagai isteri untuk mendahulukan hal suami dan anak-anak sebelum keluarganya sendiri. Malah, kalau ditakdirkan yang kedua-dua ibu si suami dan isteri sakit tenat serentak, si isteri hendaklah pulang mengikut suaminya menziarahi ibu mertuanya terlebih dahulu sebelum menjenguk ibunya sendiri.

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Malah, ibu bapa perempuan itu pula mendapat pahala di atas ketaatan anaknya pada suami.

Tanggungjawab sebagai anak akan dipenuhi selepas tanggungjawab "terpindah" sebagai suami isteri dipenuhi. Namun, tak semua tanggungjawab pada ibu bapa mesti kita patuh. Ada batas dan had-had yang mesti diketahui supaya tidak diambil kesempatan.

Di sinilah bezanya antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawab yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipannya. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tambahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumahtangga.

Apabila sudah berumahtangga, kita mengambil "tanggungjawab terpindah". Faham tak apa maksudnya? Tanggungjawab yang terpindah di bahu kita sebaik sahaja lafaz akad nikah dibuat. Bila kita sendiri memilih untuk memindahkan tanggungjawab dari ibu bapa kepada suami dan isteri, maka kita harus tunaikannya sebaik mungkin. Terbatalnya akad nikah ni, maka terlucutlah tanggungjawab si suami pada isterinya dan begitulah sebaliknya. Bila dah jadi ex, isteri terpulang untuk tidak patuh lagi dengan bekas suaminya.

Maka, di sini kewajipan seorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu barulah berkewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka. Contohnya anak yang masih bujang dan tinggal serumah dengan ibu bapa.

Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENUNAIKAN HAK-HAK ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA TERLEBIH DAHULU berbanding hak ibu bapanya atau adik beradiknya yang lain. Perlu diingat juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan KEPERLUAN sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Hadis yang bermaksud : "Sekiranya aku memerintah seseorang supaya sujud kepada seseorang , nescaya aku akan memerintahkan seorang perempuan supaya sujud kepada suaminya."

Hadis ini adalah sahih. Ia diriwayatkan oleh Al-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Ia menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri kepada suami yang merupakan ketua rumah tangga. Apabila suami dan isteri saling menunaikan tanggung jawab masing-masing Insya Allah, rumah tangga mereka merupakan sebuah taman yang diberkati oleh Allah .

Via Ya Allah Terimalah Taubatku


Complete His blessing


- say good -save good - 
remain good -try good 



Ada apa pada Usrah...?
Usrah ibarat seorang yg sedang mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya.. Namun, mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas..

Begitu juga Usrah. Mereka nampak kita berhimpun, berbincang.. tapi, mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula Islam dalam hati kita.. :))

((: moga kita semua istiqamah dengan Usrah :))

must add smthing


(,**) (**,)


All of the Quran is blessed and parts of the Quran we have been informed about their specific blessing and others we have not. One such Surah that we have been informed about its blessing is Surah Mulk.
......
01. The Prophet said, ‘Surah al Mulk is the protector from the torment of the grave ‘[Sahihul Jamiea 1/680, Hakim 2/498 & Nasai]

02. Jabir (radiAllahu anhu) said it was the custom of the Holy Prophet sallallahu alaihe wasallam not to go to sleep until he had read Tabarakalladhi Biyadihil Mulk and Alif Laam Meem Tanzeel. [Ahmad, Tirmidhi and Darami]

03. Anas (radiAllahu anhu) reported Rasulullah (sallallahu alaiyhi wasalam) as saying, “There is a Surah which will plead for its reciter\till it causes him to enter paradise (Tabarakalladhi Biyadihil Mulk).”[Tabrani]“
......

A person is approached [by the angels of punishment] in the grave from the legs then the legs say: You cannot approach him from here for he used to stand on us reciting Surat al-Mulk; when they approach his chest it says: You cannot approach him from here for he preserved Surat al-Mulk in me; and when they approach his head it says: You cannot approach him from here for he used to recite Surat al-Mulk with me. Hence this Sura is the Immunizer (al-Mani`a), it immunizes one from the punishment of the grave. It is mentioned in the Torah as Surat al-Mulk also. If anyone recites it in the night he has accomplished a great deal and has excelled!
........
So many virtues.. Lets all if us start learning this Surat from now on. So that we can also be saved from azab e qabar. may Allah give all of us the strength to hifz it. Aameen ya rabul alamee


(:n_n:)


12 Foods That our Beloved Prophet Muhammad (صلى الله عليه واله وسلم) Liked And Their Benefits.

1. Meat (گوشت):
Prophet Muhammad (صلى الله عليه واله وسلم) said."Meat is the king of foods", (sayed ut Tawam). It is rich in protein, iron, zinc, selenium. Good for bones, teeth, strengthening the immune system, body tissues and many more.

2. Dates ( کھجور ):
Dates are free from cholesterol and contain very low fat. Dates are rich in vitamins and minerals. Good source of dietary fiber,tannins, vitamin-A, iron, Potassium, calcium, mangnanese, copper and pyridoxine (vitamin B-6)

3. Figs ( انجير ):
Fig fruit is low in calories, Good for bones

4. Grapes ( انگور ):
The Prophet (صلى الله عليه واله وسلم) ) was very fond of grapes – it purifies the blood, provides vigor and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.

5. Honey ( شہد ):
Prophet Muhammad (صلى الله عليه واله وسلم) said. "Honey is the cure of every stomach disease". He use to drink honey + water in morning. Considered the best remedy for diarrhea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm; as a meat preservative, hair conditioner, eye soother and mouthwash.

6. Melon ( تربوز - خربوزا - سردا ):
The Prophet (صلى الله عليه واله وسلم) said: ‘None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring that is good in countenance

7. Milk:
The Prophet(صلى الله عليه واله وسلم) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back, improved the brain, renews vision and drives away forgetfulness.

8. Olive & Olive Oil ( زيتون )
It is mentioned in Quran. Prophet Muhammad (صلى الله عليه واله وسلم) said "“ Eat the olive oil and apply it (locally), since there is cure for seventy diseases in it, one of them is Leprosy." Olive's are said to be the food of Prophets. Olive oil is Excellent treatment for skin and hair, delays old age, and treats inflammation of the stomach.

9. Pomegranate ( انار ):
The Prophet (صلى الله عليه واله وسلم) said it cleanses you of Satan and evil aspirations for 40 days.

10. Vinegar ( سرکہ ):
Prophet Muhammad (صلى الله عليه واله وسلم) said. "Vinegar is the best curry (سالن)"

11. Water ( پاني ):
The Prophet (صلى الله عليه واله وسلم) said "fever is (like) vapor of hell. so cool it with cold water" and "the best drink in this world is water", when you are thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of the liver.

12. Squash or Pumpkin (کدو):
It was Prophet Muhammad (صلى الله عليه واله وسلم)'s favorite vegetable. It is good for Lungs, protects against birth defects. Good in asthma, colon cancer, pain, blood pressure, heart disease and much more.

And last but not least, Remember! excessive eating of any thing is wrong. e.g. excessive eating of meat or just any other thing is bad. The thing is you should eat normal. and 2nd. Dont eat to the full capacity of your stomach. Its the saying of our Beloved Prophet that humans need little food to live. So just imagine three parts of your stomach. 1 for food. 1 for water and keep one empty. Means 1/3 of ur stomach should have food and 1/3 is for water. Dont fill the remaining 1/3 with excessive eating or any thing. Thats the way to stay healthy.

. MAY BE THIS MESSAGE WILL REACH TO SOME ONE WHO REALLY NEEDS IT. JAZAKALLAH.
 



<<<< >>>>



A Muslim man proposed to a Muslim woman.

Muslimah:  me? 
                  : If I do not know how to sew, or cook, or iron.. 
                    How am I going to marry you?

Man:             Do you know how to pray?
                    Do you worship Allah Subhana wa ta’ala 
                    without associating with anyone? 
                    Do you give the zakat? Are you afraid of Allah?.

Muslimah: Yes,Alhamdulillah I pray every day, I love Allah and no one else, 
                   learn to make me know that Allah is near...and share it's with other's
                  InsyaAllah... I always try 2 give charity whenever I can and 
                   the one I fear is Allah Subhana wa taa’ala.

Man:          (,") *smiling* (",)
       :          That’s enough for me, I want you to be the half of my Deen, 
                   not my maid.


♥ rijal