Akhir ketemu Allah




Teori 'Big Bang' - Antara kebenaran al-Quran dan Sains

Teori ‘big bang’ yang diperkenalkan Albert Enstein melalui formulanya ‘General Thery of Relativity’ pada tahun 1915 telah diterima umum sebagai teori asal kejadian alam. Teori ini menyatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat(cosmic explosion) 10-20 bilion tahun dahulu yang dinamakan big bang.

Bermula dari situlah berlaku pengembangan dan penyejukan yang melahirkan bintang-bintang, galaksi, dan seumpamanya. Teori ‘big bang’ ini terus diperkukuh dan disokong melalui kajian para pengkaji Barat selepas itu.

Namun begitu, tahukah anda bahawa perkara ini sudah lama diceritakan dalam al-Quran iaitu melalui surah al-Anbiya ayat 21:30, Allah berfirman: “Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian kami pisahkan keduanya…”

“Ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan antara keduanya dan dijadikan antara kedua-duanya udara.” (Al Jamik Li Ahkamil Quran, jilid 5, halaman 4323)

- awan -

sumber :teori big-bang antara kebenaran

— with Zashita Ria.

No comments:

Post a Comment