Nukilan sahabat yang ku sanjungi

Maaf di atas kesedaran ini
bukan saya sengaja nak kecewakan awak
awak tahu perasaan saya pada awak..
dan saya sangat pasti...awak pun begitu
saya pilih untuk menjadi jujur pada awak..
untuk meneruskan langkah kita
membina bahtera ...
Tapi awak salah mentafsir kejujuran saya..
Awak..
kini saya mulai mengerti :
(bila saya membaca nota hati awak)
-awak lakarkan kisah kita-

Dia tak pilih saya
tetapi saya masih mencari dia
kerana saya tahu kenapa saya akan sentiasa cuba mendapatkan dia

tak mengapalah,
panas panas begini
jalan yang sesak
dan keadaan yang tak menentu
kenapa nak pilih saya pula kan?

saya nak ambil dengan baik dan terbaik
tetapi dia tak pilih saya
dia pilih orang yang belum tentu buat macam saya
orang yang baru berhajat begitu
belum berbuat apa apa pun

tidak mengapalah,
munkin dia tak di pilih untuk saya
walaupun sebenarnya saya rasa dekat benar

sampai bila bila pun saya tahu mengapa
tapi suara kecil ini
umpama anak anak merah
terkadang merengek rengek
meminta sahaja,
boleh jadi menyesal di kemudian hari
atau terbuang di satu sudut

tak mengapalah,
Dia tak pilih saya
boleh jadi sebenarnya saya di pilih
orang lain.

munkin Dia yang memilih berada di lorong yang lain.
munkin Dia yang memilih saya juga sedang rasa apa yang saya rasa
kerana itu juga munkin berlaku pada Dia seperti yang terjadi pada saya

awak,sedih ye?
saya begitu juga.
nanti di suatu masa,
kisah ini,perjalanan yang membawa kita ke kapal itu,
hendak hendaknya cerita yang menggirangkan hati kita
kerana kita tak pernah putus asa
kerana kita bertemu akhirnya:)

awak sedih ye?
saya pun...
saya sangat pasti..
saya tak mampu mengubah apa-apa
kerana saya datang dari golongan hawa,
awak saya tetap berpegang  pada janji awak..
tak pernah kenal erti putus asa,,tu yang awak ajarkan pada saya
Awak.. iringi doa saya ada awak
doa saya awak bahagia dengan jalan dan pilihan hidup awak
saya redho sekiranya saya perlu dikorbankan dalam hidup awak,,
agar awak dapat menjadi hamba yang sentiasa taat kepada pencipta kita..
awak...saya tahu awak buat tapi saya tetap nak pesan..
Awak.....
Jaga Iman,Jaga solat,,,jaga makan dan kesihatan..
kerana kita pernah bersahabat,
 Moga kita menjadi jiran di syurga..
InsyaAllah
Saya ada untuk awak
walau macam mana keaadan awak ketika ini,
 Awak sentiasa ada dalam doa saya
sejak dari awal kita bertakruf..
terima kasih awak
*Aa*

No comments:

Post a Comment