Jil an Nasri al Mansyud...

Dari Dr.Yus0f al Qardhawi dalam bukunya (Jil an Nasri al Mansyud) berkata:

**Yang diharapkan dari seorang wanita ialah menjadi seorang ibu yang menggalakkan anaknya untuk syahid, seorang isteri yang meransang suaminya untuk berjihad, dan melakukan pengorbanan,, seorang mukminah yang mewaqafkan diri dan usahanya untuk jalan Allah dan seorang wanita alim menghafaz al-Quran dan Hadis serta melaksanakan apa yang dipelajari untuk Amr Ma'ruf Nahyu Munkar**



Dr. Mustaffa as Siba'i menyatakan dalam bukunya (Hakaza 'Allamatni al Hayat);
" Jika kamu mahukan kegembiraan dalam kehidupan maka jagailah kesihatanmu;..Jika kamu mahukan kebahagian di dunia maka jagailah akhlakmu;..Jika kamu mahukan berkekalan dalam kehidupan maka jagailah akalmu;..Dan sekiranya kamu dambakansemua ini maka jagailah agamamu;.."

Jazaki Jazakillah


Walaupun ia hanya pemberian yang kecil.. 
tapi ia amat berharga..buat diri yang sedang mencari..
ia membawa ku meneroka kehidapan baru.. 
Dalam kehidupan ini sebenarnya kita tak perlu kejar pada apa yang kita inginkan...
kerana Tuhan selalu memberi dan melengkapkan keperluan kita... 

Apa yang harus kita lakukan..
Adalah melaksanakan dan memikul amanah yang diberi
Agar kita lebih bersedia
ketika 
dipersoalan dengan amanah 
yang diberikan dan bagaimana kita 
 laksanakan sepanjang hayat kita.
terima kasih sayang.

Moga kita menjadi jiran di syurga,, Amin. 
Moga kamu kuat. Jaga solat, Jaga iman n Jaga makan.


*Aa*


Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”



Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN...

:: BILA DOSA JADI BIASA ::

 :: BILA DOSA JADI BIASA ::
✿~ HILANG RASA GERUN pada Yang Maha Esa.. 
✿~ HILANG RASA MALU dalam jiwa.. 
✿~ Calit hitam TIDAK DAPAT DIKESAN dalam hati yang bersarang noda.. 
✿~ MAKSIAT makin merata tidak kira tempat dan masa.. 
✿~ Semua yang haram DIPANDANG INDAH di mata manusia..  
“Sesungguhnya PENDENGARAN, PENGLIHATAN, dan HATI semuanya kelak pasti akan dimintai TANGGUNGJAWABNYA.” 
(Surah Al-Israk : 36)

Setiap perkara ada sebabnya..
Setiap persoalan ada jawabannya..
Setiap perlakuan ada ganjarannya..
Setiap kesulitan ada kemudahannya..
Setiap kesenangan ada rahmatnya..
Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya..
Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapanNya..
Sabarlah dalam bersabar...

itu tandanya Allah sayang pada setiap hambaNya(♥‿♥)



Adakalanya  gambar,
kita tidak perlu letakkan bicara yang panjang.
----------------------
Biarkan ia berlalu bersama
Layanan hati, & Layanan diri,
menerawang dan terbang besama 
di atas
dua titik iaitu realiti dan fantasi.
baru kita tahu menghargai  perbezaan kita 
dengan ciptaan yang lain
"looknthink" 

Ya Allah Ya Ilahi...Ya Sami'
Ajarilah kami bagaimana
memberi sebelum meminta,


berfikir
sebelum bertindak,
 

santun dalam berbicara,
 

tenang ketika gundah,
 

... diam ketika emosi melanda,
 

bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
 

sebijaksana Umar bin Khattab,
 

sedermawan Uthman bin Affan,
 

sepintar Ali bin Abi Thalib,
 

sesederhana Bilal 

& setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum


Amiin Ya Rabbal'alamin


P ETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )


Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah). 
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi !

 

Sahabat sekelian,

 

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.


 

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia. *Aa*

♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA.....

~> kerana dengan sebuah KEMAAFAN dapat memberi kesejahteraan, kebahagiaan, keindahan & ketenangan dalam kehidupan kita..InsyaAllah..♥
*Aa*