siapa kita sebenarnya..


Peminta atau manusia yang perlu meminta...

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum.
 Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu... Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. 
Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya.
Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. 
Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,
"

 Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. 
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.

 Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? 
Duit tu abang bagi adik!" 
Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
 Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. 
Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

YaALLAH bantulah aku mendidik ummah yang mengenal CINTA MU dan TANGGUNGJAWAP dia sebagai "khalifah"
Mu YaRobbi 


Pewaris nabi


 madam anis n twins 
 andak sama hubbie 

>>> sahabat kini amah mu bertambah moga kalain kuat di medan tarbiah mujahid dan amanah Allah ini buat kalian... besar nikmat dan rahmat antum jadi ibu bapa. Doakan kita dan mujahid hidup di syurga bersama<<< 
amin

Ya Allah Terimalah Taubatku


kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

Kadang-kadang kita keliru, sebagai anak lelaki, kita nak utamakan ketaatan kepada siapa..? Nak utamakan ibu bapa atau isteri..? Kadangkala yang perempuan sebagai isteri, nak taat kepada suami atau ibu bapa, yang mana lebih patut diutamakan..?

Jadi, pelbagai keadaan berlaku dalam kehidupan kita. Kita sebagai suami wajib taat kepada ibu bapa, dan isteri wajib taat kepada suami. Jika ada sebarang masalah, bersegeralah untuk berbincang dan bertolak ansur.

Aturan Keutamaan Dalam Hidup Suami dan Isteri

Lihat turutan di bawah untuk lebih faham mengenai aturan keutamaan manusia dalam hidup lelaki dan perempuan selepas berkahwin;

Lelaki

1.Ibu Bapa Kandung
2.
.Ibu Bapa Mertua
3.Isteri
4.Anak-anak
5.Adik beradik Kandung / Tiri
6.Adik Beradik Isteri
7.Datuk / nenek
8.Anak-anak saudara dekat
9.Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras)
10.Jiran Tetangga

Perempuan

1.Suami
2.Ibu bapa kandung
3.Ibu bapa mertua
4.
2.Anak-anak
5.Adik beradik suami
6.Adik beradik kandung / tiri
7.Datuk / nenek
8.Anak-anak saudara dekat
9.Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras)
10.Jiran tetangga

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” 


(Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jadi, boleh nampak tak kat sini yang bagi seorang isteri, selepas berkahwin keutamaan dia berubah kepada suami dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum keluarganya sendiri. Namun, masih ramai yang belum faham peraturan ini, malah ada yang meletakkan keutamaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, mak bapak angkat, anak buah, sedara sekampung, kawan baik, dan rakan sekerja. Ada pulak yang sanggup berhutang untuk tolong rakan sekampung, padahal anak bini terabai.

Sebenarnya isteri selepas berkahwin kalau tak nak jenguk saudara maranya pun, beliau tidak berdosa. Kita ini manusia biasa, perkara yang wajib pun tak tertunai inikan pula yang sunat. Sudah menjadi keutamaannya sebagai isteri untuk mendahulukan hal suami dan anak-anak sebelum keluarganya sendiri. Malah, kalau ditakdirkan yang kedua-dua ibu si suami dan isteri sakit tenat serentak, si isteri hendaklah pulang mengikut suaminya menziarahi ibu mertuanya terlebih dahulu sebelum menjenguk ibunya sendiri.

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Malah, ibu bapa perempuan itu pula mendapat pahala di atas ketaatan anaknya pada suami.

Tanggungjawab sebagai anak akan dipenuhi selepas tanggungjawab "terpindah" sebagai suami isteri dipenuhi. Namun, tak semua tanggungjawab pada ibu bapa mesti kita patuh. Ada batas dan had-had yang mesti diketahui supaya tidak diambil kesempatan.

Di sinilah bezanya antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawab yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipannya. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tambahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumahtangga.

Apabila sudah berumahtangga, kita mengambil "tanggungjawab terpindah". Faham tak apa maksudnya? Tanggungjawab yang terpindah di bahu kita sebaik sahaja lafaz akad nikah dibuat. Bila kita sendiri memilih untuk memindahkan tanggungjawab dari ibu bapa kepada suami dan isteri, maka kita harus tunaikannya sebaik mungkin. Terbatalnya akad nikah ni, maka terlucutlah tanggungjawab si suami pada isterinya dan begitulah sebaliknya. Bila dah jadi ex, isteri terpulang untuk tidak patuh lagi dengan bekas suaminya.

Maka, di sini kewajipan seorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu barulah berkewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka. Contohnya anak yang masih bujang dan tinggal serumah dengan ibu bapa.

Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENUNAIKAN HAK-HAK ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA TERLEBIH DAHULU berbanding hak ibu bapanya atau adik beradiknya yang lain. Perlu diingat juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan KEPERLUAN sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Hadis yang bermaksud : "Sekiranya aku memerintah seseorang supaya sujud kepada seseorang , nescaya aku akan memerintahkan seorang perempuan supaya sujud kepada suaminya."

Hadis ini adalah sahih. Ia diriwayatkan oleh Al-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Ia menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri kepada suami yang merupakan ketua rumah tangga. Apabila suami dan isteri saling menunaikan tanggung jawab masing-masing Insya Allah, rumah tangga mereka merupakan sebuah taman yang diberkati oleh Allah .

Via Ya Allah Terimalah Taubatku


Complete His blessing


- say good -save good - 
remain good -try good 



Ada apa pada Usrah...?
Usrah ibarat seorang yg sedang mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya.. Namun, mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina batas..

Begitu juga Usrah. Mereka nampak kita berhimpun, berbincang.. tapi, mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula Islam dalam hati kita.. :))

((: moga kita semua istiqamah dengan Usrah :))